SHAH ALAM, 19 DIS: Laluan di Kilometer (KM) 14.3 hingga 15.4 Lebuhraya Persekutuan di kedua-dua arah boleh dilalui kenderaan susulan banjir mulai surut.
Ribuan kenderaan yang terperangkap sejak semalam juga mula menggunakan laluan menghala ke Shah Alam, Klang dan ke ibu kota bermula jam 2.30 petang tadi, lapor Harian Metro.
Namun, beberapa kenderaan dilihat yang masih tersadai di bahu jalan akibat ditenggelami air banjir dan mengalami kerosakan.
Hujan lebat luar biasa sejak kelmarin, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.