SHAH ALAM, 6 MAC: Seluruh Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan seluruh Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut diramal mengalami cuaca yang sama.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menerusi Facebook.
Selain itu beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah turut dijangka berdepan fenomena sama.