Categories
SELANGOR

MB Akan Lancar Media Selangorku Petang Ini

SHAH ALAM, 22 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan akan melancarkan portal penerangan Rasmi baru Selangor (www.selangorkini.net) di Dewan Annex Di Bangunan SUK petang ini.

Pelancaran tersebut dilakukan Sempena ulangtahun ke-4 kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di Selangor.

Portal ini adalah portal tumpuan bagi semua media-media rasmi kerajaan, termasuk media cetak (Selangorkini), TV (TV Selangor), dan media internet serta media sosial Facebook dan Twitter.  

Menurut Ketua Editor Selangorku.com, Sheridan Mahavera, pelancaran ini bertujuan mengemaskini kandungan meliputi semua sumber maklumat dari kerajaan negeri.

Sebelum ini maklumat media internet serta TV Selangor dilayari melalui www.tvsnews.net.

Menurut Sheridan pelayar yang melayari www.tvsnews.net akan disalurkan secara terus ke website www.selangorkini.net

“www.selangorkini.net yang bermotokan ‘Merakyatkan Informasi’telah melalui tempoh percubaan tiga minggu.” jelas beliau

Selain itu katanya www.selangorkini.net juga telah diaplikasi bagi menjadikannya mesra mobile.

Ini memandangkan sebahagian besar rakyat di Selangor dan seluruh negara terdiri dari generasi muda yang banyak menggunakan khidmat internet menerusi penggunaan telefon bimbit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.