SABAK BERNAM 18 JUN: Peratusan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang (tutup) sebanyak 74 peratus dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar. Ini tidak termasuk undi awal dan undi pos demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, peratusan keluar mengundi sebanyak 88 peratus.
SPR menyasarkan 75 peratus keluar mengundi mampu dicapai dalam PRK Sungai Besar kali ini membabitkan 42,365 pengundi.
Selasa lalu, seramai 265 pengundi atau 92.6% daripada 286 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mengundi di dua pusat mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.
Pengiraan undi bermula sebaik pusat pengundian ditutup dan penjumlahan dilakukan di Dewan Seri Bernam.
PRK Sungai Besar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Azhar bersama calon PAS, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Budiman Mohd Zohdi (Barisan Nasional).
Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.
EZY