OLEH SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 19 JUN: Lebih 500 pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam Kerajaan Selangor hadir pada majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, semalam.
Majlis iftar di kediaman rasmi Menteri Besar itu bermula pada jam 6.30 petang dengan solat Maghrib, Isyak dan tarawih dipimpin Ustaz Fahmi dan Sheikh Karim daripada masjid negeri.
Antara pegawai yang hadir termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Spang (MPSepang), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan lain-lain.
Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei bersama pegawai Kerajaan Negeri.
-AA-