Categories
GALERI

Penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengagihkan bekalan air kepada penduduk Pangsapuri Lembah Subang 2, Petaling Jaya pada 24 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pembuat wau kapal Selangor Muskhan Kastubi, 62, menerbangkan wau yang telah disiapkan di Kampung Sungai Buaya, Banting pada 19 Februari 2021 untuk menguji kualiti sebelum diserahkan kepada pelanggan. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Mustafa Suratin, 53, meraut tempurung kelapa jenis mawar kuning di kediamannya di Kampung Sijangkang, Kuala Langat untuk dijadikan produk kraftangan pada 19 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Keo Hui En, 11, berdoa sambil memegang lilin teratai di kuil Fo Guang Shan Dong Zen, Kuala Langat pada 12 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Seorang pengunjung berdoa sebelum memasuki ruang upacara sembahyang di Shah Alam Buddhist Society, Shah Alam pada 12 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Sukarelawan Joanne Lee, 60, menulis kaligrafi cina di atas tanglung yang mengandungi mesej nasib baik sempena Tahun Baharu Cina di Shah Alam Buddhist Society, Shah Alam pada 12 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk berurusan di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Shah Alam pada 10 Februari 2021. Hanya mereka yang membuat janji temu secara dalam talian dibenarkan hadir. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Anggota polis meneliti dokumen kebenaran merentas daerah dari salah sebuah kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara, Petaling Jaya pada 10 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pekerja kedai serbaneka Fun N Cheer di Shah Alam menggantung tanglung untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada Jumaat. Imej dirakam pada 9 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pemilik pasar raya Weng Foon Sdn Bhd di Shah Alam Ng Ngunhin, 54, (kiri) dibantu anak saudara Ng Zheyi, 18, menimbang herba ginseng Amerika yang dijual di kedainya menggunakan alatan tradisional. Herba itu bagi menambah tenaga dan mengurangkan keletihan. Imej dirakam pada 9 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Tukang jahit Lia Yunita Ruslan, 34, menunjukkan aneka warna dan motif kebaya nyonya yang disiapkan mengikut tempahan pelanggan. Imej dirakam di rumahnya di Seksyen 19, Shah Alam pada 8 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Jamilah Abdullah, 76, mempamerkan gerakan ‘membelah mega’ ketika melakukan senaman taichi di kediamannya di Seksyen 8, Shah Alam pada 8 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI