Categories
GALERI

Peniaga makanan, Brabbu menyusun manisan dan pelbagai jenis kuih untuk dijual kepada orang ramai di Little India, Klang pada 28 Oktober 2021.
Kebanyakan peniaga sibuk membuat persiapan awal sempena sambutan Perayaan Deepavali yang akan disambut 4 November ini. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Saari (dua, kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (kanan) dan Ketua Bahagian Asia Wakana, Alejandro Kikuchi (dua, kiri), merasmian Inisiatif Selangor Freelancer anjuran Permodalan Nasional Selangor Berhad di Wyndham Acmar Hotel, Klang pada 28 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Hazim Ahmad (kiri) dan Muhammad Aidil Aminuddin menunjukkan aksi gaya bebas bolasepak sempena Program Let’s Ride & Help (LetsGo) di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 24 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menunjukkan Buku Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2020-2024 dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 19 Oktober 2021. Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Orang ramai yang mengunjungi pusat siber dilihat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka, menjaga jarak dan telah melengkapkan dua dos vaksin ketika tinjauan Pusat Siber di Redsea Esport Center, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2021. Kerajaan membenarkan pembukaan Perkhidmatan Pusat Siber dan Kafe Siber dipersetujui dengan penyelarasan kapasiti dengan 80 peratus kapasiti bagi Fasa 3 dan 100 peratus kapasiti bagi Fasa 4. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Seorang pengunjung Taman Tema Air Bangi Wonderland mencuba permainan ‘Water Canon’ ketika tinjauan di taman tema tersebut pada 16 Oktober 2021. Pengunjung mula memenuhi tempat percutian setelah kerajaan membenarkan permis percutian tempatan beroperasidengan syarat perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan menunujukkan sijil lengkap vaksinasi. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Beberapa petugas meyiapkan hidangan Nasi Ambeng untuk dihidangkan kepada tetamu dalam Program `World Food Day 2021′ Makanan Tradisi Negeri Selangor di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting pada 16 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Reaksi ceria sebahagian para pengunjung Taman Tema Air Bangi Wonderland ketika tinjauan pada 16 Oktober 2021. Pengunjung mula memenuhi tempat percutian setelah kerajaan membenarkan permis percutian tempatan beroperasidengan syarat perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan menunujukkan sijil lengkap vaksinasi. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Penduduk setempat mengambil bekalan air dari lori Air Selangor  di Bandar Putera, Klang pada 14 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Sukarelawan Team Selangor mengangkat air minuman untuk diagihkan kepada penduduk di Pangsapuri Melati Taman Bukit Subang, Sungai Buloh pada 14 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Kakitangan Air Selangor sedang memantau mesin di dalam galeri penapisan air SSP1 berikutan kerja selenggaraan yang hampir siap di Loji Rawatan Air Selangor SSP1, Bukit Badong, Kuala Selangor pada 13 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Orang ramai mula membeli tiket bas untuk pulang ke kampung ketika tinjauan Selangorkini di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam pada 12 Oktober 2021. Kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 untuk merentas negeri tanpa perlu mendapatkan Surat Kebenaran Polis berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI