Categories
GALERI

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhammad (tengah) bergambar bersama wakil media dalam Majlis Penyerahan Kit Kesihatan Petugas Hadapan di kediaman rasmi Menteri Besar pada 11 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Kakitangan Koperasi Hijrah Selangor membantu menurunkan mesin memproses makanan lembu yang akan diserahkan kepada penerima bantuan ketika Majlis penyerahan geran alatan Sitham Yayasan Hijrah Selangor di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 11 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Yang Dipertua Majilis Perbandaran Kajang (MPKJ), Najmuddin Jemain (tengah) bersama Ahli Majlis MPKJ Zon 20, Muhammad Hanafi Jalalludin (kiri) meninjau keadaan parit di sungai semenyih ketika Program Semenyih Prihatin Sungai 2021 di Pekan Semenyih, Hulu Langat pada 3 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Atlet para, dari Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) bergambar bersama cek cura yang diterima ketika Majlis pelancaran ceria atlet para Selangor 2021 di Kampung Sungai Sekamat, Kajang pada 2 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pengunjung terpesona melihat kecantikan air pancut diterangi dengan lampu berwarna warni ketika tinjauan Selangorkini di Laman Budaya, Shah Alam pada 1 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Remaja tidak melepaskan peluang mengambil gambar di booth bergambar vaksinasi selepas menerima dos pertama suntikan pelalian Covid – 19 ketika Progam Vaksinasi Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre, Kajang pada 30 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) Norfazlin Razali, 26, (dua dari kanan) dan S. Kaliamah, 48, mengedarkan pek sarapan pagi kepada pelajar dan ibu bapa di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang pada 30 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Petugas kesihatan, memberi suntikan pelalian Covid – 19 kepada remaja yang di temani oleh bapanya ketika Progam Vaksinasi remaja dan  murid berkeperluan khas Daerah Kuala Selangor di Stadium tertutup Kuala Selangor pada 29 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Categories
GALERI

Ibu bapa mengiringi pelajar mendaftar sebelum menerima suntikan pelalian dalam Program Vaksinasi Remaja 16 dan 17 tahun Daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 28 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Petugas kesihatan Selvax memberi suntikan pelalian kepada penerima vaksin ketika Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 26 September 2021. Program Selvax bergerak dijalankan sejak 12 September bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan pelalian. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Petugas kesihatan memberi suntikan pelalian kepada penerima dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Taman Templer di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang, Gombak pada 23 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Petugas kesihatan, memberi suntikan pelalian Covid – 19 kepada penerima vaksin ketika Program vaksinasi khas guru kafa dan pegawai masjid di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam pada 22 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI