Categories
GALERI

Kakitangan Promosel, Nurul Nazurah Eddie Amin, 25, mengedarkan akhbar Selangorkini kepada orang ramai yang hadir ke Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak bagi menerima suntikan pelalian Covid – 19 di Kampung Padang Jawa, Shah Alam pada 21 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Mohd Suhizam M. Sakri, bergambar bersama beberapa replika kapal yang ada di studionya ketika ditemubual Selangorkini di Pangsapuri Alam Perdana, Puncak AlamĀ  pada 20 September 2021. Beliau juga mendapat kepercayaan beberapa muzium, TLDM, IPT, agensi kerajaan dan istana bagi membuat replika kapal bersejarah. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Seorang peserta berjaya menaikkan ikan toman dalam pertandingan The Tomanz Tangkap dan Lepas di Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 18 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Tiga pemuda dari Anak Muda Ulu Klang (Amuk) menyusun kotak makanan asas dalam majlis pelepasan Jelajah Peduli Nadi Rakyat di Ibu Pejabat Parti KEADILAN, Petaling Jaya pada 17 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Seorang penunggang motorsikal melintasi hadapan kedai runcit yang memasang Jalur Gemilang di Kampung Johan Setia, Klang sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Seorang pelajar melambai tangan kepada ahli keluarganya ketika bas bergerak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam Program Penghantaran Pelajar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Jordan di JAIS pada 15 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Seorang penerima suntikan berjalan keluar dari bas khas setelah divaksin dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Hulu Bernam di Dewan Orang Ramai Hulu Beram pada 14 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Muhd Iqmal Aiman Syazwan Hussien, 21, membantu datuknya Ahmad Halimin Jubat, 69, medapatkan suntikan dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Batu Tiga di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 13 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Nur Salimah Mohamad Yusri, (dua, kanan) bersama rakannya melakukan aktiviti perkemahan dan bermain permainan monopoly di Pantai Morib Kuala Langat pada 11 September 2021. Orang ramai melakukan aktiviti riadah ditempat pelancongan awam selepas Kerajaan mengumumkan kelonggaran dan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Bekas atlet olahraga paralimpik kebangsaan, Mohd Raduan Emeari dan ibunya, Normah Hassan melihat barangan keperluan harian yang diterimanya dalam program lawatan dan sumbangan CSR MBI di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor pada 10 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Abdul Razak Mohamad Razali menggantung lesen sementara yang diserahkan kepadanya oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awan dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dalam Program Pemberian Permit Penjaja Sementara Pasca Covid-19 di Pusat Perniagaan Taman Puncak Jalil, Subang Jaya pada 7 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Eksekutif Pembagunan Perniagaan Selcare Farmasi, Syazwan Affandi Zulkipli membuat pemeriksaan ke atas alatan perubatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital selepas majlis serahan di Hospital Ampang, Hulu Langat pada 3 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI