Categories
GALERI

Eksekutif Pembagunan Perniagaan Global Science, Syazwan Affandi Zulkipli, menunjukkan kit ujian kendiri Covid – 19 selepas Majlis Penyerahan Saliva Test Kit di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bandar Utama, Petaling Jaya pada 3 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Nurlina Syazwani Rosli, 24, memasang Jalur Gemilang selepas siap mencuci rumahnya yang dilanda banjir akibat fenomena kepala air di Kampung Jalan Masjid, Yan Besar, Kedah pada 1 September 2021. Sebanyak 800 rumah di sekitar Yan dan 200 rumah di Tupah, Kuala Muda terjejas akibat kejadian tersebut. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Kakitangan Mutiara Foodbank Pulau Pinang membungkus buah dan sayuran untuk diagihkan kepada orang ramai di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 31 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Petugas kesihatan selvax, Khairil Shahazuan Mohamed Hasnin, 32, (tengah) Lengkap berpakaian tradisional Malaysia sempena Hari Kebangsaan yang ke – 64 memberi suntikan pelalian Covid – 19 kepada penerima dos kedua vaksin  di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya pada 31 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pelajar, Nur Juhannis Ismail, 18, menunjukkan sijil lengkap vaksinansi selepas menerima dos kedua pelalian Covid – 19 sambil memakai Jalur gemilang di lengannya sempena Hari Kebangsaan yang ke – 64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel De Palma, Shah Alam pada 31 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Petugas kesihatan selvax, Nik Nur Hikmah, 24, memasukan picagari kedalam bebuli vaksin Covid – 19 sebelum memberi suntikan pelalian kepada penerima dos kedua vaksin dengan memakai pelitup muka Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan yang ke – 64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel De Palma, Shah Alam pada 31 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Penyelia tapak agro prihatin, Ezie Elman Mohd Sani (kiri) menyusun sayur – sayuran untuk di jual di Pasar Agro PKPS Prihatin, Seksyen 7, Shah Alam pada 29 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Hassan Yang Ashaari, 63, sanggup berhabisan ratusan ringgit menghias motosikal kesayangannya dengan Jalur Gemilang sebagai simbol menjadi warga Malaysia yang prihatin menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-64 ketika ditemui di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Petugas kesihatan menyukat vaksin sebelum disuntik kepada penerima dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Subang Jaya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

 Petugas kesihatan, memberi suntikan vaksin covid – 19 kepada penerima ketika Program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Sungai Ramal di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Evo Mall, Bandar Baru Bangi pada 18 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

 Orang ramai, yang telah mendaftar aplikasi Selangkah menunggu giliran untuk menerima vaksin Covid – 19 ketika Program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Sungai Ramal di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Evo Mall, Bandar Baru Bangi pada 18 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pelajar jurusan Quran Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Wardahtul Nazierah Mohd Aziz, 20 (kanan) dan rakannya Nurul Sorfina Mohd Halim Mahadi, 20, bergambar bersama replika jarum selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam Program Vaksin Selangor (Selvax) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UIAM, Gombak pada 18 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI