Categories
SELANGOR

Isu bantu penduduk Rohingya dibincang ke DNS

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 FEB: Peruntukan khusus untuk pelarian Rohingya di negeri ini bakal dibawa ke Sidang Dewan Negeri (DNS) bagi membantu golongan terbabit dalam kehidupan seharian.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail, berkata peruntukan khas kepada etnik terbabit merupakan tanggungjawab ihsan Kerajaan Negeri.

rohingya aKatanya, antara peruntukan dimohon adalah tanah bagi penempatan etnik dan kemudahan prasarana serta pendidikan pelajar Rohingya.

“Sudah menjadi tanggungjawab ihsan Kerajaan Negeri yang tidak mengira bangsa atau warna kulit. Juga pendidikan yang penting di seluruh negeri.

“Saya memohon Kerajaan Negeri menyediakan tanah bagi menempatkan mereka ini dan kemudahan lebih baik atas perikemanusian Kerajaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Minggu lalu, sejumlah RM10,000 diserahkan Yayasan Kebajikan Klang kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Rohingya bagi membela pelajar etnik terbabit di Seri kembangan.

Sekurang-kurangnya 134 kanak-kanak Rohingya di seluruh Selangor belajar dalam keadaan daif dan usang di Seri Kembangan.

EZY