Categories
NASIONAL

PRK: Jangan ada sabotaj, dukung perjuangan PR

SHAH ALAM 21 APR: Gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh harus dijalankan berdasar semangat Pakatan Rakyat (PR) tanpa sebarang sabotaj.

Ketua Angkatan Muda Keadikan (AMK) Pahang, Wong Chun Yuan berkata, sokongan penuh tanpa syarat diberikan kepada calon bertanding mewakili PAS di PRK Rompin.

Katanya, keputusan PRK menjadi referendum suara rakyat terhadap isu semasa seperti pelaksanaan GST, pemenjaraan ketua pembangkang dan 1MDB.

spr on black 01“Diingatkan, semua pihak yang mendukung perjuangan PR tidak mengamlakan sabotaj supaya kita mencapai kemenangan,” katanya dalam kenyataan media.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad diumum sebagai calon PRK Rompin, pada 5 Mei ini.

Ia diumum Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ceramah pengisytiharan calon di Bandar Satelit Muadzam Shah, di Rompin, malam tadi.

Nazri, 40, berasal dari Felda Keratong 5, Rompin, memiliki Ijazah Sarjana Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

amkBeliau yang juga Yang dipertua PAS Rompin pernah menjadi guru Al-Quran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal selepas mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.