Categories
AGENDA NASIONAL

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Bekas beregu nombor satu dunia Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Toyota di Bangkok.

Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini, selepas menewaskan gandingan tuan rumah Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-15, 16-21, 21-15 dalam perlawanan pusingan kedua di Impact Arena semalam.

Beregu pilihan kelapan Aaron-Wooi Yik pula mengekalkan kualiti permainan mereka apabila menang 21-12, 6-21, 21-12 ke atas Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia.

“Saya rasa agak sukar kerana melangkah ke tiga perlawanan. Mungkin sedikit perlahan pada perlawanan kedua dan saya telah melakukan beberapa kesilapan tidak disengajakan. Nasib baik kami bangkit semula.

“Kami mempunyai strategi yang salah pada perlawanan kedua, tidak cukup pantas,” kata Wee Kiong seperti dipetik menerusi laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

Sementara itu, cabaran negara dalam acara perseorangan wanita gagal selepas satu-satunya pemain yang tinggal S Kisona tewas 10-21, 12-21 kepada pemain pilihan keenam P V Sindhu dari India.

Keputusan pusingan kedua:

(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan; tanda [ ] menunjukkan pemain pilihan)

Perseorangan lelaki:
Liew Daren kk H S Prannoy (IND) 21-17, 21-18

Beregu lelaki:
[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik kk Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin (INA) 21-12, 6-21, 21-12

Goh V Shem-Tan Wee Kiong kk Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren (THA) 21-15, 16-21, 21-15

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kk Mathias Christiansen-Niclas Nohr (DEN) 8-21, 21-7, 21-17

Perseorangan wanita:
[6] P V Sindhu (IND) kk S Kisona 10-21, 12-21

Beregu wanita:
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kk Setyana Mapasa-Gronya Somerville (AUS) 21-17, 21-15

M Thinaah-Pearly Tan Koong Le kk Vimala Heriau-Margot Lambert (FRA) 19-21, 21-16, 21-9

Vivian Hoo-Yap Cheng Wen kk Emilie Lefel-Anne Tran (FRA) 19-21, 21-17, 21-12

Beregu campuran:
[1] Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) kk Goh Soon Juat-Shevon Lai Jemie 12-21, 19-21

[5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kk Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso (INA) 21-18, 21-15

Hoo Pang Ron-Cheah Yee See kk Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) 21-14, 21-16

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Badminton Terbuka Thailand: Thinaah, Tan curi tumpuan

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Pasangan beregu wanita negara M Thinaah dan Pearly Tan Koong Le, melakukan kejutan apabila menewaskan pasangan nombor sembilan dunia Chang Ye Na dan Kim Hye Rin pada pusingan pertama kejohanan Toyota Terbuka Thailand di Bangkok, semalam.

Thinaah dan Tan, yang merupakan pasangan bukan pilihan kejohanan, menunjukkan permainan cemerlang apabila berjaya kembali selepas ketinggalan satu perlawanan, untuk menang 16-21, 21-15 dan 27-25 ke atas pasangan Korea Selatan itu pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena.

Sebelum ini pasangan itu terkeluar daripada Yonex Terbuka Thailand selepas tewas kepada juara kejohanan itu Greysia Polii dan Apriyani Rahayu dari Indonesia 15-21, 12-21, pada peringkat suku akhir di venue yang sama minggu lepas.

“Minggu lepas merupakan kejohanan Super 1000 kami yang pertama, jadi kami belajar dari kesilapan. Kami cuba untuk lakukan lebih baik dan kami kini lebih bersedia.

“Sebelum perlawanan, kami tidak berfikir banyak. Kami tidak dijangka akan menang, jadi kami hanya mahu bermain permainan kami dan itu bantu kami tunjukkan prestasi terbaik kami,” kata Thinaah seperti dilaporkan dalam laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Pasangan Malaysia itu akan bertemu Vimala Heriau dan Margot Lambert dalam pusingan kedua hari ini selepas pasangan dari Perancis itu mengalahkan pasangan Laksika Kanlaha dan Atitaya Povanon dari Thailand 22-20, 23-21 dalam satu lagi perlawanan pusingan pembukaan.

Satu lagi pasangan wanita negara Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean juga menempah tempat ke pusingan seterusnya, dengan mengalahkan pasangan dari Kanada Rachel Honderich dan Kristen Tsai 21-17, 21-16.

Keputusan Pusingan Pertama:

(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan; [ ] menunjukkan pilihan)

Perseorangan Lelaki:
Liew Daren mn B Sai Praneeth (IND) (Daren ke pusingan kedua selepas Oraneeth menarik diri akibat positif Covid-19).

Beregu Wanita:
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Rachel Honderich-Kristen Tsai (CAN) 21-17, 21-16

M Thinaah-Pearly Tan Koong Le mn [6] Chang Ye Na-Kim Hye Rin (KOR) 16-21, 21-15, 27-25

Beregu Campuran:
Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Reddy B Sumeeth-Reddy N Sikki (IND) 21-14, 18-21, 21-13

[7] Marcus Ellis-Lauren Smith (ENG) mn Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 14-21, 21-15, 21-19

– BERNAMA