Categories
AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

48 pegawai, anggota polis Ampang Jaya bantu bersih rumah mangsa bah Hulu Langat

SHAH ALAM, 5 JAN: Seramai 48 pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya membantu membersihkan kediaman mangsa banjir di Batu 14, Hulu Langat di sini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam kenyataan memaklumkan bantuan itu selari dengan motto Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Pegawai dan anggota terbabit membersihkan rumah mangsa banjir selama tiga hari sejak kelmarin bermula dari jam 8 pagi hingga 1 petang.

Polis berharap bantuan diberikan ini dapat meringankan beban mangsa banjir.

Antara pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang terlibat membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Hulu Langat pada 4 Januari 2022. Foto IPD Ampang Jaya

Terdahulu sejumlah RM2 juta daripada peruntukan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) disalur ke Hulu Langat bagi memulihkan semula sebahagian besar daerah itu yang terkesan banjir.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata selain dana itu sebarang keperluan tambahan akan dibawa ke jawatankuasa khas negeri.