Categories
NASIONAL

Malaysia akan umum hari berkabung nahas MH17

SHAH ALAM, 1 OGOS: Malaysia akan mengumumkan hari berkabung negara untuk nahas pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, sebaik sahaja mayat dan jenazah mangsa tiba di tanah air.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Ia khusus bagi seluruh negara berkabung untuk mangsa yang terkorban dalam nahas itu selain memberi penghormatan kepada mereka.

mhPenerbangan MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang (283 penumpang dan 15 anak kapal) terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan Rusia, pada 17 Julai lalu.

Pesawat Boieng 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.

Kerajaan sebelum ini bersetuju melantik dua menteri bagi mengendalikan proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia.

Mereka adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Joseph Kurup.