Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Bangga jadi anak Selangor pertama dapat biasiswa RM1.1 juta

SHAH ALAM, 31 MAC: Seorang pelajar perubatan berkongsi perasaan bangga menjadi anak Selangor pertama mendapat pembiayaan pendidikan Kerajaan Negeri berjumlah RM1.1 juta.

Emir Haady Imran Zulkharnain, pelajar termuda di Royal College of Surgeons (RCSI), Ireland berkata pengiktirafan itu besar nilainya dan berjanji menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan.

“Saya akan berusaha keras bagi menamatkan pengajian seperti dijadualkan pada 2024, ini janji serta komitmen saya kepada negeri dan negara,” kata pelajar jurusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan berusia 18 tahun itu.

Emir Haady menerima Biasiswa Selangor Bitara (Bitara) yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Program tersebut dijenamakan semula daripada Selangor Brain Bank yang sebelum ini khusus untuk anak Selangor melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran (PhD) di universiti terkemuka dunia.

Emir Haady berjaya menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di STARS International Academy di Kelana Jaya ketika berusia 14 tahun.

Melalui peperiksaan itu, dia memperoleh 6A+ bagi mata pelajaran matematik antarabangsa, fizik, kimia, biologi, bahasa melayu dan matematik, A1 untuk matematik tambahan dan 1B bagi bahasa inggeris.

Pada usia 15 tahun, dia menamatkan pengajiannya dalam peringkat A-Level dengan memperoleh A bagi mata pelajaran kimia dan matematik serta A+ untuk fizik.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Anak Selangor pelajar termuda kolej perubatan, dapat tajaan RM1.1 juta

SHAH ALAM, 31 MAC: Dato’ Menteri Besar menyampaikan pembiayaan pendidikan berjumlah RM1.1 juta kepada seorang pelajar perubatan negeri ini yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Biasiswa Selangor Bitara (Bitara) membantu Emir Haady Imran Zulkharnain, 18, meneruskan pembelajaran di Royal College of Surgeons (RCSI), Ireland.

Beliau berkata anak kelahiran Selangor yang mengambil jurusan perubatan dan pembedahan merupakan individu pertama ditawarkan biasiswa tersebut di peringkat ijazah sarjana muda.

“Program Bitara dijenamakan semula daripada Selangor Brain Bank yang sebelum ini khusus untuk anak Selangor melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran (PhD) di universiti terkemuka dunia.

“Emir Haady melakar kejayaan sebagai pelajar termuda diterima masuk RCSI ketika umur 16 tahun dan bakal menamatkan pengajian pada usia 20 tahun,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini.

Emir Haady berjaya menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di STARS International Academy di Kelana Jaya ketika berusia 14 tahun.

Melalui peperiksaan itu, dia memperoleh 6A+ bagi mata pelajaran matematik antarabangsa, fizik, kimia, biologi, bahasa melayu dan matematik, A1 untuk matematik tambahan dan 1B bagi bahasa inggeris.

Pada usia 15 tahun, dia menamatkan pengajiannya pada peringkat A-Level dengan memperoleh A bagi mata pelajaran kimia dan matematik serta A+ untuk fizik.

Sementara itu, Amirudin turut menyampaikan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar berjumlah RM450,000 kepada empat pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Jordan, Maghribi dan Mesir.

Mereka adalah Ainul Mardhiah Mohamad Room, Nurul Aqilah Muhammad, Mohd Shayuti Ikram Shefidi dan Muhammad Muzzammil Ahmad Nor yang diwakili keluarga masing-masing.