MB: Penjawat awam perlu hemah berbelanja hadapi ekonomi getir

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, menuntut pembabitan penuh penjawat awam Selangor mengamalkan budaya berhemah dalam berbelanja sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi getir.

MB ikrar pertahan hak semua kaum di Selangor

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berikrar akan mempertahankan hak semua kaum di Selangor dan tidak akan ada ruang untuk kumpulan pelampau agama.

MB : Kerjasama PBT dengan semua pihak perlu dalam memenuhi aspirasi rakyat di bandar.

Daerah Petaling merupakan daerah termaju di negeri Selangor. Oleh yang demikian, MBPJ, MBSA dan MPSJ perlu lebih bekerjasama dengan semua pihak seperti ahli majlis, badan-badan bukan kerajaan, persatuan penduduk dan pihak-pihak lain dalam mendengar masalah penduduk di bandar yang lebih kompleks dan mencabar. Komitmen yang cukup berintegriti, jujur, amanah dan komited perlu diteruskan oleh anggota perkhidmatan awam dalam memenuhi aspirasi rakyat Selangor.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata demikian dalam ucapannya dalam Program Menteri Besar Selangor Turun Padang bagi peringkat Daerah Petaling di Auditorium MBPJ.