Categories
SELANGOR

Arkitek Istana Diraja dikurnia gelaran Datuk Seri

Oleh : SIRAJ MOHD ZAINI

KLANG 11 DIS : Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd,  Datuk Ar Nik Mohamed Nik Mahmood dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-68 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nik Mohamed menerima pingat berkenaan dalam satu istiadat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, di sini, hari ini.

Beliau adalah arkitek kepada Istana Darul Ehsan, Putrajaya, Istana Mahkota, Kampung Jawa dan Istana Mestika, Shah Alam.

Nik Mohamed juga bertanggungjawab menyiapkan pelan kediaman rasmi Datuk Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau juga menjadi arkitek kepada beberapa binaan masjid di Selangor seperti Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

datonik1Nik Mohamed yang ditemui selepas istiadat berkenaan menyatakan perasan teruja dan berterima kasih kepada Sultan Sharafuddin atas pengurniaan berkenaan.

“Terima kasih atas kurniaan pingat ini dan saya cukup teruja apabila menerimanya,” katanya.

Turut menerima pingat darjah sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Eksekutif Sime Darby Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Bakke Salleh.

-NFN- FZL