Categories
SELANGOR

DUN Bukit Lanjan penyumbang tertinggi kes denggi kawasan Petaling Jaya

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 24 DIS: Kawasan Petaling Jaya mencatatkan 7,593 kes denggi dengan 11 lokaliti hotspot serta 15 kes kematian setakat 21 Disember

Datuk Bandar Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Mohd Azizi Mohd Zain, berkata trend kes denggi menunjukkan penurunan menjelang akhir 2015 dengan jangkaan anggaran sebanyak tujuh peratus (8,478 kes) berbanding 2014.

DENGGI GRAFIK“DUN Bukit Lanjan menyumbang 24 peratus atau 1,820 kes daripada jumlah keseluruhan dan diikuti DUN Kota Damansara sebanyak 15 peratus atau 1,144 kes,” katanya.

Katanya, Unit Kawalan Vektor giat melakukan pemeriksaan jentik-jentik dari rumah ke rumah, larvasiding dan semburan fogging bagi mengurangkan pembiakan nyamuk aedes.

Mohd Azizi turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuang sampah merata-rata dan mengambil serius isu pembersihan kawasan sekitar komuniti masing-masing serta tempat awam.

-nR-