Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Mayat pengarah filem dikhuatiri lemas ditemui

KUANTAN, 27 OKT: Mayat pengarah filem yang dikhuatiri lemas selepas bot fiber dinaikinya ketika memancing terbalik di Sungai Jelai, Kuala Lipis semalam, ditemui terapung 500 meter dari lokasi kejadian pada 4.25 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mayat Firdaus Hanif, 43, telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari kedua pada hari ini telah dihentikan pada pukul 5 petang tadi,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela selepas bot fiber dinaikinya bersama rakannya terbalik dan rakannya ditemui selamat.

Firdaus, yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif adalah anak kepada pelakon Fauziah Nawi.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Pelajar Malaysia ditemui mati di tasik London

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Seorang pelajar Malaysia di Kolej Imperial, London ditemui mati di sebuah tasik Serpentine, Hyde Park semalam.

Identiti Muhammad Hafiz, 24, anak pengarang bersekutu Malay Mail Zainal Epi, dikenali melalui kad pelajarnya, lapor portal tersebut.

Allahyarham yang menuntut jurusan kimia kolej berprestij itu sejak 2015. Polis menerima panggilan telefon pada 5.51 pagi Isnin.

Zainal menerima panggilan daripada kedutaan Malaysia pada 2.30 pagi tadi. Beliau bertemu anaknya pada September lalu ketika berkunjung ke London.

“Saya akan berlepas ke sana bersama keluarga esok (Rabu). Saya tidak pasti apa yang berlaku. Saya hanya diberitahu mereka mengenal pasti identiti berdasarkan kad pelajar,” katanya.

FOTO EHSAN: MALAY MAIL