Categories
SELANGOR

86 bakal haji DUN Morib terima insentif RM43,000

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 21 JULAI: Kerajaan Negeri menyalurkan insentif RM43,000 kepada 86 peserta dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib yang bakal menunaikan ibadah haji di Makkah, pada tahun ini.

Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin berkata, insentif itu adalah salah satu usaha bagi kemudahan rakyat Selangor dalam menunaikan ibadah haji.

“Semua peserta bakal haji dari DUN ini yang memohon diberi kelulusan dan mendapat RM500 seorang.

“Ia adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat bersesuaian dengan Inisiatif Peduli Rakyat,” katanya.

Majlis penyerahan itu dilakukan Hasnul dalam Majlis Pemberian Insentif Kepada Bakal Jemmah Haji Selangor Musim 1438H / 2017M (Peringkat DUN Morib) di sini, hari ini.

Ia turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Abdullah Sani Abdul Halim.

Beliau berkata, dengan kehadiran semua bakal jemaah haji, maka pelbagai maklum balas berkaitan ibadah itu dapat dikongsi bersama selain makluman semasa berhubung program Kerajaan Negeri.