Categories
SELANGOR

Pesalah curi air: Penjara, denda maksimum RM100,000

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 JUN : Premis didapati melakukan penyambungan air menggunakan paip mudah lentur secara haram boleh dikenakan hukuman penjara dan denda maksimum RM100,000.

Eksekutif Kanan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Loh Pit Mui, berkata di bawah peruntukan Seksyen 123(1) Akta Perindustrian Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) jelas tidak membenarkan kegiatan itu.

Loh Pit Mui SPAN a“Jika disabitkan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau keduanya-duanya.

“Kesalahan ini diperuntukkan di bawah Seksyen 123 (3) dalam Akta sama,” katanya.

Sementara itu, bagi pesalah yang membuat penyambungan selepas SPAN membuat pemotongan, kesalahan tersebut termaktub di bawah peruntukan Seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

“Selepas bekalan air di premis dipotong oleh pemegang lesen pengagihan air dan didapati bahawa bekalan itu disambungkan semula tanpa kebenaran, ia juga boleh dianggap sebagai kesalahan.

PAIP HARAM 1“Jika disabitkan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya,” katanya.

Justeru Loh berkata, masyarakat diingatkan supaya tidak membuat penyambungan secara haram untuk tujuan tidak bertangunggjawab.

“Kesedaran awam tentang kesalahan kecurian air dan penyambungan tidak sah adalah diperlukan sebagai usaha bagi mencegah kegiatan tidak bertangunggjawab ini,” katanya.

-nR-