Pusat Berdaya Wanita (PWB) Kajang rai Hari Wanita Sedunia menerusi Fiesta Wanita dan Keluarga Kajang 2016.
Hadir merasmikan fiesta itu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail
Tag: Fiesta Wanita dan Keluarga Kajang 2016
Oleh: NORHAYATI UMOR
KAJANG, 5 MAC: Fiesta Wanita dan Keluarga Kajang 2016 disambut meriah penduduk DUN terbabit.
Program yang berlangsung di Kompleks Metropoint itu menyaksikan pelbagai pertandingan membabitkan kanak-kanak, wanita dan keluarga.
Penyelia Pusat Berdaya Wanita (PWB) Kajang, Ellia Aliza Md Arith, berkata fiesta itu bertujuan meraikan orang ramai khususnya wanita sempena Sambutan Hari Wanita, 8 Mac depan.
“Pelbagai pertandingan diadakan untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam keluarga.
“Kita juga mahu meraikan Wania yang banyak menghabiskan masa untuk keluarga biarpun wanita mempunyai kerjaya,” katanya.
Enam pertandingan yang diadakan itu membabitkan Beuty Mama, dekorasi kek, pertandingan mewarna, Tricky Puzzle dan Karok Famili.
Turut diadakan zumba dan line dance serta persembahan tarian dari PDK Kajang (Pelatih Down Sindrom dan Autism).
Hadir merasmikan fiesta itu adalah Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
-AA-