Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 25 OGOS: Universiti Selangor (UNISEL) membuka ‘gerbang akademiknya’ kepada masyarakat umum untuk menilai sejauh mana kecemerlangan pembangunan institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu.

Presiden Persatuan Akademik dan Profesionalnya, Profesor Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi berkata, keterbukaan itu dibuat sebagai jaminan bahawa UNISEL utuh melaksanakan tangunggjawab memacu agenda pendidikan negeri.

Katanya, inisiatif itu juga sebagai bukti bahawa tiada sebarang salahgunakuasa dan dakwaan negatif yang dilemparkan pihak tertentu kepada pusat pengajian negeri itu.

“Kami di UNISEL mengalu-alukan masyarakat luar untuk hadir ke kampus di Shah Alam atau Bestari Jaya untuk menilai sendiri pembangunan pesat kemajuan dan kecemerlangan universiti ini.

UNISEL (1)“Kami tegaskan di pihak pentadbiran bahawa di UNISEL tidak mempunyai sebarang isu kerana prinsip intergriti dan ketelusan itu sentiasa kami pertahankan.

“Justeru, tiada apa yang ingin disembunyikan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Lobi Utama UNISEL, Kampus Shah Alam, pagi ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu kampus berkenaan membabitkan pertikaian kontrak bersama bekas kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd.

Serbuan didakwa berkait penyelewengan berhubung aduan pihak terbabit dengan tujuan mencemar kredibiliti pentadbiran Kerajaan Negeri.

Susulan itu, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga.

MBI Selangor yang dipetik media, menafikan membayar RM60 juta kepada Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun UNISEL berlaku adalah salah.

MBI Selangor berkata, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga, walaupun kontraktor itu mengingkari perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran, tidak benar

Categories
BERITA UTAMA PENDIDIKAN SELANGOR

UNISEL lancar kampus baru di Bangladesh Ogos ini

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUN: Universiti Selangor (UNISEL) akan melancarkan kampus barunya di Dhaka, Bangladesh pada Ogos ini dengan pembukaannya bermula September depan.

Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri UNISEL, Profesor Dr Mokhtar Abdullah berkata, operasinya dijangka bakal memberi peluang kepada lanjutan perkembangan pendidikan serantau institusi milik Kerajaan Negeri itu.

Katanya, UNISEL menerima jemputan Institute Of Learning (INSIGHT) untuk membuka pusat pengajian di sana bagi memberi peluang kepada anak tempatan di negara itu melanjutkan penganjian.

“Untuk rekod, pelajar Bangladesh yang tamat pengajian di sekolah tinggi adalah sekitar 700,000 dan atas keperluan mendesak ini menuntut penambahan operasi pusat pendidikan di sana.

“Justeru, mereka memilih UNISEL dan tentunya keyakinan ini didorong komitmen tinggi pentadbiran universiti terbabit sebagai institusi pendidikan yang didukung sepenuhnya Kerajaan Selangor,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata, lebih 95 peratus proses pembangunan universiti terbabit sudah disiapkan dengan proses penambahbaikan akhir selesai sebelum Ogos ini.

Katanya, seramai 500 pelajar baru dijangka mendaftar pada penggal pertama pembukaan operasi UNISEL.

“Kita masih belum bercadang menempatkan pelajar Malaysia khususnya anak Selangor di kampus baru ini tetapi wujud perancangan untuk diadakan beberapa program pertukaran pelajar antara kedua kampus itu,” katanya,

Categories
SELANGOR

Food Festival Gempak Unisel, lahir usahawan muda

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 APR: Julung kalinya diadakan, penganjuran Food Festival Gempak UNISEL dilihat mampu melahirkan usahawan muda terdiri daripada mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL).

Melalui pembukaan lebih 56 buah gerai di perkarangan tempat meletak kenderaan universiti berkenaan, program tersebut menawarkan pelbagai jualan makanan, minuman, cenderahati dan pakaian pada kadar minima.

Nur Azimah Noor Azhar, salah seorang mahasiswa UNISEL, berkata program seumpama itu memberi peluang kepada golongan muda untuk lebih kreatif melibatkan diri dalam kegiatan keusahawanan dan pengurusan.

Food Festival“Ia melatih kami untuk berdaya saing sebelum menghadapi situasi sebenar alam pekerjaan selepas tamat belajar nanti.

“Jadi dalam tempoh awal yang diberikan pensyarah, kami diajar untuk menyediakan satu program keusahawanan untuk dinilai di bawah projek akhir kami,” katanya kepada SelangorKini.

Seramai 79 pelajar Diploma UNISEL yang mendaftar di bawah subjek Keusahawanan dinilai di bawah program itu.

Dalam pada itu, selain menyediakan produk jualan kepada pelanggan, program tersebut menyajikan pelbagai bentuk persembahan kumpulan muzik gig, Se7en.

Food Festival (1)Malah, pameran kenderaan Honda turut dipamerkan sepanjang program dua hari itu berlangsung.

Orang ramai berpeluang untuk turun beramai-ramai sehingga Ahad ini, bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

-nR-