Categories
SELANGOR

Juara GP Selangor bawa pulang wang tunai RM40,000

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 DIS: Juara Pertandingan memancing Grand Slam GP Selangor, Jaafar Abdul Halim, 36, dari Ipoh, Perak berjaya mendaratkan patin seberat 5.2 kilogram sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000.

Pemenang empat kedua membawa pulang wang tunai RM 8,000 dan tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM4,000.

menang GPPertandingan anjuran Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dikendalikan Wakjali Event Management selaku pengurus acara diadakan di Tasih Shah Alam, semalam.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bersama Timbalan Datuk Bandar, Mokhtar Hani bagi penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pertandingan Memancing Grand Slam GP Selangor 2014 bukan sahaja menawarkan wang lumayan bernilai RM121,000, malahan penganjuran dan syarat penyertaan kali ini dijalankan sepenuhnya berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, Proton Saga dan motosikal antara hadiah menarik untuk pemenang cabutan bertuah.

EZY

Categories
SELANGOR

GP Joran tarikan pelancongan agro

Oleh: NAZLI IBRAHIM

MORIB, 15 SEPT: Kejohanan siri GP Joran Selangor yang menawarkan hadiah lumayan wang tunai dan kereta mampu menjadi satu lagi tarikan pengunjung khususnya kaki pancing.

Exco Pertanian Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, berikutan Kerajaan Negeri berpeluang memperkenalkan kawasan dijadikan lokasi pertandingan itu sebagai satu lagi kawasan menarik dikunjungi masyarakat dalam dan luar Selangor.

GP Pancing di Pantai Morib. YB Sallehin Mukhyin (1)“Pertandingan ini diadakan setiap tahun dan merupakan antara yang menawarkan hadiah tinggi. Pertandingan ini bukan hanya di laut tetapi juga di sungai-sungai dan kita masuk kampung, keluar kampung.

“Pprogram meningkatkan lagi pelancongan agro di Selangor dengan memperkenalkan kawasan dikunjungi pemancing dan hari ini giliran Pantai Morib menjadi tuan rumah iaitu satu tempat yang menarik,” kata Sallehen dalam sidang media di Kejohanan Siri GP Selangor Pantai Morib 2014 di sini, semalam.

Siri GP Selangor tahun ini yang diadakan sebanyak lima pusingan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 dan kereta bagi pemenang utama pertandingan.

Kejohanan Siri GP Selangor Pantai Morib 2014 yang disertai 704 pemancing dalam dan luar Selangor ini dimenangi perserta dari Pahang, Mohd Azuki Md Sharif dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan piala pusingan selepas berjaya menaikkan ikan sembilang seberat 2.96 kilogram.

Pemenang tempat kedua, Abdul Hamid Karim Karim pula membawa hadiah wang tunai RM6,000 dan piala pusingan dan tempat ketiga, Yanti Ismail yang membawa hadiah RM3,000.

EZY