Categories
SELANGOR

GreeNomad Smart Stall mesra peniaga, tahan lasak

Oleh: NAEEM RAFFI

SEPANG, 12 JUN: GreeNomad Smart Stall gerai lengkap pelbagai kemudahan rekaan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dicipta khusus untuk peniaga kecil berjiwa besar.

Ia boleh disifatkan sebagai gerai pintar berikutan rekaannya dilengkapi sistem tenaga solar, pencahayaan LED, kemudahan USB port dan kabin mini tong kitar semula.

“Panel tenaga solar dibahagian bumbung akan membekalkan kuasa elektrik bagi menghidupkan lampu LED dan mampu bertahan selama empat jam.

Taklimat Pasar Ramadhan  2015 MPSP (7)“Kabel USB pula disediakan bagi membolehkan peniaga mengecaj telefon bimbit dan peralatan elektronik lain,” kata Pegawai Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPSp, Suhana Ghazali.

Bermula dengan ‘Smart Stall’, MPSp berkolaborasi dengan syarikat swasta Thingking Green Sdn Bhd mewujudkan produk inovasi itu.

Gerai pintarciptaan Penguatkuasa MPSp itu mula tercetus selepas acap kali berdepan kesukaran mengangkut gerai terbiar.

Rekaan berukuran 6×3 kaki itu diperbuat daripa bahan yang kukuh, ringan dan beroda untuk memudahkan proses pemasangan serta penyimpanan.

logo majlis perbandaran sepangReka bentuknya mudah dilipat dan menjimatkan ruang membolehkan ia disimpan diruang bonet sekecil kereta Perodua Kancil.

“Ciptaan ini dijual pada harga RM4,000 seunit dan harganya boleh mencecah sehingga RM5,000 bergantung kepada aksesori tambahan.

“Kos itu termasuk genset dan penghadang tempias hujan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Kawalan Kualiti MPSp di talian 03-83190200/300.

-NFN-