Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik satu sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.57 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 November.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu menjadikan anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 9 hingga 15 November berjumlah RM79.39 juta.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik 14 sen, RON95, diesel kekal

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Harga runcit petrol RON97 naik 14 sen kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.37 seliter dan RM2.32 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 seliter dan diesel pada paras RM2.29 seliter,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenaikan harga minyak dunia dipercayai ekoran kejadian serangan terhadap dua loji minyak di Arab Saudi pada 14 Sept lalu yang telah menjejaskan pengeluaran dan eksport minyak negara itu.

“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan akan terus beri subsidi bagi mengimbangi kenaikan harga minyak berikutan insiden itu,” menurut kementerian itu.

Berdasarkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu, anggaran subsidi petroleum yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 21 hingga 27 Sept adalah berjumlah RM123.16 juta.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Harga RON97 naik 5 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 12 APR: Harga runcit petrol RON97 naik 5 sen seliter iaitu daripada RM2.63 seliter kepada RM2.68 seliter bagi tempoh 13 April hingga 19 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal seperti minggu lepas iaitu pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Tanpa subsidi kerajaan, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter.

“Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA