Categories
NASIONAL

700 berhimpun depan penjara sambut hari lahir Anwar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 OGOS: Kira-kira 700 orang berkumpul di hadapan Penjara Sungai Buloh, pada 9 Ogos lalu bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan atas Fitnah 2.

Sambutan hari lahir Ketua Umum PKR yang ke-68 itu turut disertai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) termasuk isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden parti.

Move 1Hadir sama, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; Nurul Izzah Anwar; Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Sim Tze Zin, G Manivannan dan Abdullah Sani.

Anak perempuan Anwar iaitu Nurul Nuha, Nurul Iman dan Nurul Ilham turut hadir membawakan tiga biji kek sebagai simbolik kepada sambutan berkenaan.

Nyanyian ‘Selamat Hari Jadi’ berkumandang yang dinyanyi beramai-ramai di hadapan pagar berduri jalan masuk penjara Sungai Buloh.

Sebanyak 21 ekor burung merpati juga dilepaskan, simbolik kepada pembebasan Anwar sebagai tahanan politik dan dua biji kek diserahkan kepada Pegawai Penjara untuk disampaikan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Amanah Sampaikan Kek Kepada Sdr Anwar 1Izzah berkata, penahanan bapanya yang kini memasuki hari ke-182 terus mendapat sokongan bukan sahaja daripada rakyat, bahkan pemimpin dunia yang bersatu menggesa kerajaan membebaskan Anwar sebagai tahanan politik tanpa sebarang syarat.

“Kami ingin merakamkan penghargaan terhadap bekas pemimpin sedunia, Bacharuddin Jusuf Habibie, Abdullah Gul, Al Gore, Joseph Estrada, Gordon Brown, Rashid Ganouchi yang menandatangani petisyen ‘Panggilan antarabangsa untuk keadilan bagi Anwar Ibrahim dan mengembalikan demokrasi di Malaysia,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kak Wan terharu ADUN PR buat kejutan hari lahir ke-62

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Ulangtahun kelahiran Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ke-62, hari ini dirai dengan penuh kejutan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) ketika sidang dewan ditangguhkan sebentar tadi.

IMG_6396Wan Azizah yang mesra dengan panggilan Kak Wan tidak menyangka kejutan itu dan terharu dengan keprihatinan rakan PR yang ditunjukkan dalam sambutan hari lahir beliau.

Nyayian lagu ulang tahun untuk Kak Wan di ruang makan itu menarik perhatian semua yang sedang menjamu selera.

Wan Azizah dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura, pada 3 Disember 1952 yang ketika itu masih sebahagian dari Malaysia (Tanah Melayu).

-NFN-