Categories
SELANGOR

Nurul Izzah : Dana Khas 1Wilayah Bukti Kerajaan Pusat Gagal Tangani Jenayah

SHAH ALAM, 18 SEPT : Penubuhan dana khas Tabung Keselamatan 1Wilayah membuktikan bahawa Kerajaan Pusat telah gagal dalam tanggungjawab mencegah jenayah.

MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan media berkata, langkah ini hanyalah satu usaha bersifat sementara yang tidak menyelesaikan peningkatan kadar jenayah yang dihadapi warga Kuala Lumpur.

Menurutnya, kerajaan perlu melakukan perubahan dasar dan pendekatan bagi mengatasi kadar jenayah dengan lebih tersusun.

Nurul Izzah berkata kerajaan gagal menugas semula (redeploy) anggota polis dari Cawangan Khas dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah.

Tambah Nurul Izzah lagi, Kerajaan Pusat dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin khususnya gagal mengutamakan warga kota dalam perancangan infrastruktur polis.

Ini dilihat di dalam keputusan memindahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields daripada tapak asalnya di tengah-tengah ?Little India? ke satu tapak yang jauh dari kawasan penduduk padat.

Izzah menambah, kegagalan menangani masalah jenayah secara dasar, sistemik, dan menyeluruh mengakibatkan tahap keselamatan merosot kerana jenayah mempunyai kaitan dengan ekonomi.

“Tugas dan tanggungjawab keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan Kerajaan Pusat sebagai satu khidmat awam asas telah pun diswastakan.

?(Ini di) dalam bentuk ?perkhidmatan kubu keselamatan? (neighborhood security fortress) di kawasan-kawasan perumahan oleh syarikat-syarikat keselamatan swasta,? kata Nurul Izzah.