Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Tindakan tegas kepada pihak jadi punca cemar Sungai Penchala

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kerajaan Selangor memandang serius insiden pencemaran Sungai Penchala, Petaling Jaya yang mengakibatkan ratusan ikan mati pada minggu lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin shari menerusi Facebook berkata siasatan terperinci insiden itu sedang dijalankan agensi berkaitan.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan jenayah alam sekitar dan memastikan tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pada 12 Ogos Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar Selangor berhubung kejadian ikan mati dengan jumlah yang banyak di Sungai Penchala.

Hasil siasatan, LUAS berjaya mengesan pelepasan bahan kimia daripada sebuah kilang berhampiran Jalan Professor Koy Khee Kim yang menjadi punca kejadian berkenaan pada 14 Ogos.

Berikutan itu tindakan diambil mengikut Seksyen 79(1)(a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak kurang RM200,000 atau lebih RM1 juta jika sabit kesalahan.

Categories
NASIONAL

‘Misteri’ kematian ribuan ikan perlu disiasat

SHAH ALAM 5 JAN: Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar digesa menyiasat segera punca kejadian ribuan ikan mati di Sungai Tonggek, Balok di Pahang.

AndansuraAdun Beserah, Andansura Rabu, berkata segala hasil analisa dan kajian perlulah diumumkan kepada orang ramai dengan telus bagi mengelakkan daripada pelbagai spekulasi tidak berasas.

Katanya, sungai itu di hulunya adalah kawasan perindustrian Gebeng serta terdapat juga kawasan penyimpanan bauksit.

“Orang ramai perlu tahu punca sebenar, adakah dari sisa buangan kilang di Gebeng atau dari sisa simpanam bauksit atau mungkin juga akibat aktiviti tuba,” kata Andansura dalam kenyataan media.

Katanya beliau mendesak pihak berwajib supaya mengeluarkan arahan kepada orang ramai supaya tidak menjalankan aktiviti menangkap ikan di sepanjang sungai ini sehingga ianya disahkan selamat.

EZY