Categories
SELANGOR

Jalan Persiaran Kewajipan ditutup empat malam

SHAH ALAM 20 FEB : Sebahagian jalan menghala ke Kesas di hadapan Goodyear Court 1, Subang Perdana at USJ 6, akan ditutup dari 11 malam hingga 5 pagi mulai 20 hingga 24 Februari.

Dalam kenyataan hari ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad berkata penutupan itu bertujuan memudahkan kerja pembinaan projek penyambungan laluan LRT.

Prasarana_LogoMenurutnya, berikutan penutupan itu, trafik menuju ke Kesas akan dilencongkan ke laluan alternatif melalui Persiaran Perpaduan, Persiaran Bakti dan Persiaran Murni, sebelum masuk semula ke lorong di persimpangan bertingkat lampu isyarat Persiaran Murni.

Bagaimanapun, trafik menuju ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sepanjang Jalan Persiaran Kewajipan, tidak terjejas dengan penutupan itu, katanya.

EZY