Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

AMK: Tindakan Jamal biadap umpama syaitan

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 6 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos mengoyak dan membuang surat saman BERSIH 2.0 ke dalam tandas sebagai biadap juga umpama ‘syaitan’.

amkTimbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata, tindakan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu memanggil dan mengadakan sidang media di tempat sama juga menggambarkan keperibadian negatif pemimpin itu.

“Selalu yang duduk dalam jamban ni syaitan, buat sidang media dalam jamban perangainya lebih kurang lah.

“Saya melihat tindakannya sebagai biadap dan tidak mencerminkan identiti seorang Melayu juga Islam,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, amat malang bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai seorang pembela seperti Jamal dan ia memberi gambaran terhadap taraf pemimpin nombor satu negara itu.

“Saya menggesa polis untuk segera mengambil tindakan supaya perkara ini tidak terus menjadi ancaman dan mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

-NFN-