Categories
SELANGOR SUKANKINI

ARRC: Afif intai podium di India

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 31 JUL: Pencapaian di tempat keempat pada pusingan ketiga di Suzuka, Jepun, Jun lalu, menjadi pembakar semangat Ahmad Afif Amran bagi menghadapi perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC), di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, bermula 3 hingga 5 Ogos ini.

Pelumba CKJ Yamaha Racing Team itu menyatakan prestasinya pada musim ini semakin meningkat dan penamat di kelompok lima terbaik di Jepun menunjukkan pelumba Malaysia mampu memberikan cabaran dalam kategori 250cc yang sentiasa didominasi pelumba Thailand dan Indonesia.

“Kekurangan utama kami adalah daripada segi kepantasan jentera sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan pelumba Indonesia dan Thailand.

“Namun, ia bukan alasan kerana faktor pelumba dan strategi perlumbaan itu sendiri paling banyak memainkan peranan serta adakala dibantu dengan nasib baik,” katanya.

Afif kini menghuni tangga ke-10 keseluruhan ARRC dengan 39 mata.

Katanya, pasukan sentiasa bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada pelumba bagi menghadapi perlumbaan.

“Sebagai pelumba, saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik, pada minggu ini.

“Selain itu, dua kemenangan dalam saingan Cub Prix turut membakar semangat dan seluruh pasukan untuk kami mencari podium, di ARRC,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

AMK: Tindakan Jamal biadap umpama syaitan

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 6 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos mengoyak dan membuang surat saman BERSIH 2.0 ke dalam tandas sebagai biadap juga umpama ‘syaitan’.

amkTimbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata, tindakan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu memanggil dan mengadakan sidang media di tempat sama juga menggambarkan keperibadian negatif pemimpin itu.

“Selalu yang duduk dalam jamban ni syaitan, buat sidang media dalam jamban perangainya lebih kurang lah.

“Saya melihat tindakannya sebagai biadap dan tidak mencerminkan identiti seorang Melayu juga Islam,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, amat malang bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai seorang pembela seperti Jamal dan ia memberi gambaran terhadap taraf pemimpin nombor satu negara itu.

“Saya menggesa polis untuk segera mengambil tindakan supaya perkara ini tidak terus menjadi ancaman dan mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

5,000 ahli AMK sertai BERSIH 5

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 6 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjangkakan kira-kira 5,000 ahlinya akan menyertai perhimpunan aman BERSIH 5, pada 19 November ini.

dr-afifTimbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya akan menggerakkan anggota AMK seluruh negara bagi menghadirinya dan menyatakan pendirian secara jelas menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“AMK menyatakan sokongan dan dukungan penuh kepada penganjuran demonstrasi aman BERSIH 5.

“Dijangkakan lebih kurang 5,000 anggota AMK seluruh negara bakal menyertai perhimpunan kali ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, AMK juga bersedia menawarkan skuad petugas bagi tujuan menjaga keselamatan bagi memastikan perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“AMK akan terus menyokong dan menggerakkan ahlinya bagi membantu BERSIH 5 juga melakukan siri jelajah konvoi juga penerangan di kawasan masing-masing bagi mengajak rakyat bersama dengan perhimpunan BERSIH 5,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Himpunan #AnwarBebas depan Istana Kehakiman 16 November

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 15 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggerakkan himpunan #AnwarBebas yang akan diadakan di di Istana Kehakiman Putrajaya, pada 16 November ini.

Kempen itu dilakukan ekoran satu permohonan semakan kepada sabitan kes Fitnah II akan mula didengari di Mahkamah Persekutuan, pada tarikh berkenaan.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin, berkata permohonan semakan sabitan itu sudah dikemukakan peguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandukan dua asas.

Afif Bahardin 01“Mempersoalkan integriti dan kebebasan sistem kehakiman daripada pengaruh eksekutif ke Pejabat Perdana Menteri.

“Ia kerana ketika kehakiman masih lagi belum habis dibacakan dan hukuman belum dijatuhkan, Pejabat Perdana Menteri sudah mengeluarkan kenyataan rasmi keputusan kehakiman serta memuji institusi kehakiman negara, pada 10 Februari lalu.

“Turut menjadi persoalan adalah mengapa Pejabat Perdana Menteri menyeluarkan kenyataan rasmisatu kes jenayah yang hanya membabitkan individu bukannya agensi atau jabatan kerajaan.

“Asas kedua adalah pendakwaan yang dinodai dan berniat jahat apabila Ketua Pendakwa Raya yang diupah kerajaan, Tan Sri Shafee Abdullah mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menceritakan dengan penuh sensasi sabitan kes Anwar

Anwar“Tindakan beliau sudah menggambarkan ada tujuan peribadi dan politik untuk terus manjatuhkan kreadibilti serta maruah Anwar walaupun selepas hukuman dijatuhkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Afif berkata, permohonan  itu dibenarkan di bawah Peraturan 137, Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 dan ia dimulakan bila ada keraguan munasabah berkenaan keputusan Mahkamah Persekutan atau ketika sabitan hukuman serta berlaku ketidakadilan.

“Bila asas yang dikemukakan sebelum itu diterima barisan panel hakim Mahkamah Persekutuan, maka usaha untuk membebaskan Anwar akan semakin cerah. Pemenjaraan Anwar adalah satu konspirasi politik bagi menamatkan karier politiknya.,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Afif mohon kali kedua jumpa Anwar atas urusan rakyat

MAC 13 MAC: Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sekali lagi tampil membuat pemohonan kali kedua bagi membenarkan beliau bertemu dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas permohonan sebelum ini ditolak Jabatan Penjara.

Afif berkata, permohonan itu dibuat bagi menyelesaikan beberapa urusan rasmi membabitkan kawasan DUN Seberang Jaya yang juga kawasan di bawah Parlimen Permatang Pauh.

AnwarKata beliau, tiada sebab untuk menghalang pertemuan seorang Adun dan Ahli Parlimen kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan yang merujuk Anwar masih kekal sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan itu.

“Segala urusan adalah melibatkan kepentingan rakyat yang diwakili beliau (Anwar) di Permatang Pauh.

“Beliau berhak untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 48(4)(C) Perlembagaan Malaysia yang menjelaskan bahawa seseorang Ahli Parlimen hanya hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen setelah petisyen ditolak,” katanya dalam kenyataan.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu turut kesal dengan penolakan Jabatan Penjara sebelum ini dan menyifatkan tindakan itu tidak munasabah.

“Penolakan permohonan melawat Ahli Parlimen Permatang Pauh oleh pihak Penjara Sungai Buloh sebelum ini adalah sesuatu yang kurang munasabah.

“Justeru atas dasar menghormati tuntutan prosedur dan peraturan Jabatan Penjara, saya sekali lagi memohon dengan rasmi untuk melawat Datuk Seri Anwar di Penjara Sungai Buloh atas urusan rasmi pertemuan seorang Adun dan Ahli Parlimen,” katanya.

EZY