Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Jata negeri tiada di baju, Kerajaan Perlis diskriminasi ADUN Pakatan?

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 30 OGOS: Semangat kemerdekaan yang seharusnya menjadi lambang perpaduan menjadi sebaliknya di Perlis apabila Kerajaan Negeri itu mengarahkan baju korporat hari kebangsaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang mereka tidak dilekatkan jata negeri.

ADUN Indera Kayangan, Chan Ming Kai, di dalam laman facebook beliau melahirkan kekesalan ekoran arahan yang didakwa datang daripada Kerajaan Negeri dan menyatakan tidak dapat hadir dengan berpakaian tidak lengkap begitu.

“Alangkah sedihnya, slogan Sehati Sejiwa tetapi hakikatnya semakin jauh daripada itu. Kerajaan mengarahkan supaya hanya baju korporat Hari Kebangsaan ADUN pembangkang tidak dilekatkan dengan jata Perlis.

chan4“Maaf, saya tidak boleh hadir dengan pakaian ini kerana ia menunjukkan seolah–olah penduduk Indera Kayangan adalah warganegara kelas kedua. Selamat menyambut Hari Kebangsaan,” tulisnya di dalam paparan akaun facebook beliau, hari ini.

Sementara itu, Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, apa yang dilakukan Kerajaan Perlis tidak wajar kerana membezakan parti politik, apatah lagi Ming Kai adalah ADUN yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Nik Nazmi yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, rakyat mempunyai hak sama rata dalam memilih wakil rakyat yang nyata mampu memberi pembelaaan dan komitmen sewajarnya dalam membawa suara mereka dalam sidang DUN.

NIK-NAZMi“Ia tidak wajar berlaku kerana perkara itu mengatasi politik. Ia juga menjangkau isu kepartian dan apa yang berlaku menunjukkan Kerajaan Perlis tidak faham undang-undang juga berfikiran cetek,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Bagi ADN Sekinchan, Ng Suee Lim, ADUN adalah pilihan rakyat yang turut sama dalam DUN dan tidak sewajarnya hak mereka dinafikan dalam negara demokrasi yang sudah merdeka 59 tahun.

“Tidak wajar Kerajaan Perlis mengarahkan baju korporat ADUN Pakatan tidak dilekatkan jata negeri. Ming Kai adalah ADUN yang dipilih secara sah dan kita perlu menghormati semua pihak , bahkan tidak perlu mencampurkan hal politik dalam acara rasmi seperti hari kebangsaan.

“Pembangkang juga berhak menggunakan lambang Kerajaan Negeri yang diperuntukkan dalam perlembagaan negeri masing-masing. Ini satu ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wakil rakyat,” katanya.

-NFN-