Categories
NASIONAL

Nilai ringgit terus menjunam

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 SEP: Nilai Ringgit Malaysia masih berada di kedudukan paling lemah dan berada di kedudukan 4.22 berbanding satu dolar Amerika, hari ini.

Ringgit pernah diikat pada harga 3.8 sedolar pada 1998 ketika krisis kewangan Asia.

Kadar pertukaran matawang Malaysia paling terks merosot tahun ini susulan kontroversi syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

rm1The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank perdana menteri, pada 3 Julai lalu.

Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen sebelum ini berkata nilaian eksport negara tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang bermakna walaupun dengan penyusutan nilai ringgit.

“Untuk tempoh separuh pertama 2015, jumlah eksport negara hanya RM368 bilion iaitu RM 12 bilion lebih rendah daripada tempoh ya sama 2014 (RM380 bilion). Ini berlaku walaupun ringgit bernilai 11 peratus lebih rendah pada separuh pertama tahun ini berbanding separuh pertama 2014.

wong chenKatanya, penemuan itu amat membimbangkan kerana bertentangan dengan tahun sebelumnya.

“Ringgit yang enam peratus lebih rendah pada separuh pertama 2014, berbanding separuh pertama 2013 menghasilkan pertambahan nilai eksport RM42 bilion untuk separuh pertama 2014 berbanding separuh pertama 2013,” katanya.

-NFN-