Categories
SELANGOR

Semarakkan Cinta 25 Tahun meriahkan program 3K Kampung Parit Baru

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 19 OGOS: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) di Kampung Parit Baru, Air Tawar, kali ini menampilkan kelainan apabila sembilan pasangan suami isteri diraikan dalam program Semarakkan Cinta 25 tahun.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, program itu sebahagian usaha Kerajaan Negeri memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

“Semua pasangan ini sudah 25 tahun dan ada juga lebih lama berumahtangga tetapi kekal bahagia sampai sekarang.

KARNIVAL KAMPUNGKU (3)“Mereka juga berkongsi pengalaman dan amalan berumahtangga kepada pasangan lebih muda,” katanya pada itu, di Masjid Ma’arufiah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, institusi kekeluargaan yang lemah antara faktor penyumbang kepada kadar perceraian tinggi masa kini.

Terdahulu, Ahmad Yunus menyertai penduduk kampung dalam pelbagai acara dijalankan di karnival yang bermula, sejak semalam.

Antaranya, Kayuhan Kampungku Kesayanganku, pertandingan memancing tradisi, gunting rambut percuma, servis motorsikal percuma, kursus imam dan bilal, pelbagai forum juga pameran.