13 acara menanti pengunjung Karnival Belia 5 Dis ini

Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2015 pada 5 Disember bertempat di Padang Sultan Suleiman Kota Raja, Klang.

Categories
SELANGOR

Karnival belia warnai Hari Keputeraan Sultan Selangor

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 NOV: Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2015 pada 5 Disember ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata penganjurannya bertujuan menonjolkan bakat disamping menghidupkan rasa kasih dan peduli anak muda kepada Institusi Kesultanan Selangor

AMIRUDIN“Ia juga nisiatif Kerajaan Negeri mendidik anak muda Selangor melakukan aktivit sihat dan tidak membuang masa dengan perkara tidak berfaedah yang boleh merosakan moral,” katanya sewaktu sidang media Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2015 di Dewan Anex, di sini, hari ini.

Bertempat di Padang Sultan Suleiman Kota Raja, Klang, dijadualkan sebanyak 13 acara akan berlangsung secara serentak bermula  seawal jam 6.00 pagi dan berakhir jam 11.00 malam.

Antaranya Larian Menjunjung Kasih, Battle Chess Selangorku, Pertandingan Remote Control dan Himpunan Seni Pertahankan diri dan silat.

Sukan ekstrem seperti skateboard, BMX dan In-Line Skate turut mewarnai acara.

“Kita mensasarkan lebih 10,000 masyarakat akan hadir termasuk anak muda yang bakal bertanding dengan menyediakan ganjaran lumayan kepada setiap pemenang,” katanya.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi kerajaan.

-nR-