Categories
SELANGOR

Risau anak berlumba haram, ibu restui sertai ‘King of 2T’

OLEH : NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 11 APR: Tidak mahu menyesal di kemudian hari, Musliah Bari akhirnya memberi restu kepada anaknya, Mohd Zaidi Masri, 23, meneruskan minat dalam sukan pemotoran dengan menyertai pertandingan perlumbaan motorsikal di litar lumba secara sah.

Ibu kepada pelumba kategori Mix Full Fairing dan Mix 2T Pro itu berkata, hal ini berikutan penyertaan dalam perlumbaan sah dapat mengelakkan anaknya itu berlumba haram di jalan raya sekaligus berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan boleh meragut nyawa.

musliah“Walaupun perasaan risau masih ada kerana bimbang kalau dia terjatuh dan tercedera tetapi tidak boleh dibandingkan kerisauan yang amat sangat kalau dapat tahu dia berlumba haram kerana keselamatan di litar jauh lebih baik dan tidak membahayakan keselamatan atau nyawa orang lain.

“Kalau kita halang dia sertai perlumbaan di litar ini boleh menyebabkan kemungkinan dia terlibat perlumbaan haram kerana minat berlumba di litar terpaksa dipendamkan sebab itu makcik beri galakkan dia masuk pertandingan macam ini,” kata Musliah ketika hadir memberikan sokongan kepada Mohd Zaidi dalam Perlumbaan King of 2T di Litar Lumba Rakyat di sini, hari ini.

Bapa kepada Mohd Zaidi, Masri Martini yang turut memberi sokongan pula berkata, selain membahayakan keselamatan sendiri dan pengguna jalan raya lain, berlumba haram di jalan raya juga boleh mengakibatkan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

zaidi dan bapa“Saya sokong perlumbaan begini kerana menggalak anak kita berlumba di litar bukan di jalan raya. Saya bagi dorongan dan sokongan kalau dia berminat dalam bidang ini. Dia masih baru menyertai perlumbaan seperti ini dengan baru menyertai dua atau tiga perlumbaan sebelum ini.

“Belumba di litar ini ada jaminan kerana tidak melanggar peraturan jalan raya dan keselamatan juga lebih terjaga. Kepada anak muda kalau nak sangat berlumba masuklah ke litar yang sah kerana di jalan raya boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan orang lain,” kata Masri.

Sementara itu, Mohd Zaidi yang mengakui sebelum ini pernah terlibat dalam perlumbaan haram menasihati anak-anak muda yang berminat dalam sukan pemotoran berlumba secara sah di litar lumba.

“Perlumbaan begini dapat menimba dan berkongsi pengalaman. Bertemu pelumba lebih pengalaman untuk dapatkan panduan berguna, mempelajari teknik tunggangan dan lain-lain.

“Sebelum ini saya memang pernah berlumba secara haram di jalan raya tetapi bila dah ada litar ini, dah tak lagi. Sekarang main dalam litar sahaja. Insha Allah kalau ada rezeki, saya nak pergi lebih jauh lagi seperti dalam Cup Prix dan lain-lain.

“Kepada masih berlumba haram disarankan tunjukkan kehebatan di litar sebenar sebab berlumba haram tidak boleh membawa ke mana-mana malah membahayakan keselamatan sendiri dan orang lain,” kata Mohd Zaidi.

EZY

Categories
SELANGOR

King of 2T kembali gegarkan Litar Kuala Selangor

SHAH ALAM, 8 APR : Siri kejohanan perlumbaan motosikal King of 2T kini kembali menyediakan platfom buat peminat dan penggiat tegar sukan permotoran tempatan.

Litar Kuala Selangor sekali lagi menjadi lokasi pilihan buat pejuang dunia permotoran berentap dalam kejuaraan yang masih mempertandingkan kategori 2 lejang selain dari kategori 4 lejang.

Kejohanan kali ini bakal menjadi sebuah musim paling kompetitif dalam sejarah kejohanan in berikutan penambahbaikan struktur litar.

KING OF 2TSiri kejohanan tahun ini menyediakan acara lebih kompetitif diantara kategori, pasukan dan pelumba terlibat dengan litar sepanjang 1.1 KM yang menjanjikan cabaran hebat dan teknikal dari aspek kendalian serta strategi perlumbaan.

Jentera dibawah kapasiti 180cc dalam kedua-dua kategori bakal menyajikan persembahan mantap kepada peminat yang hadir.

Dua kategori baru dimasukkan iaitu Kategori Mix 150 2T Pro dan UMA Racing Cup 180cc bagi menggantikan beberapa kategori dilihat tidak lagi relevan buat kejohanan ini.

Dianggarkan seramai lebih 150 peserta bakal terlibat pada pusingan pertama kejohanan dengan kehadiran semula beberapa nama popular dalam kejohanan ini turut melahirkan pelumba profesional sehingga ke peringkat Malaysia Cubprix dan Asia Talent Cup.

Menariknya, kejohanan tahun ini membabitkan kolaborasi dua jenama prolifik dalam arena permotoran iaitu UMA Racing dan juga Racing Boy.

KING OF 2T 2Penglibatan kedua-dua jenama popular ini merupakan usahasama yang berpaksikan pada pembanggunan sukan permotoran tempatan dan juga sebagai sokongan kepada peserta dan pasukan yang terlibat dari aspek teknikal perlumbaan dan pengurusan pasukan mahupun jentera.

Pusingan pertama King of 2T 2016 bakal dimulakan pada 9 dan 10 April ini di litar Kuala Selangor.

-nR-