Categories
SELANGOR

King of 2T kembali gegarkan Litar Kuala Selangor

SHAH ALAM, 8 APR : Siri kejohanan perlumbaan motosikal King of 2T kini kembali menyediakan platfom buat peminat dan penggiat tegar sukan permotoran tempatan.

Litar Kuala Selangor sekali lagi menjadi lokasi pilihan buat pejuang dunia permotoran berentap dalam kejuaraan yang masih mempertandingkan kategori 2 lejang selain dari kategori 4 lejang.

Kejohanan kali ini bakal menjadi sebuah musim paling kompetitif dalam sejarah kejohanan in berikutan penambahbaikan struktur litar.

KING OF 2TSiri kejohanan tahun ini menyediakan acara lebih kompetitif diantara kategori, pasukan dan pelumba terlibat dengan litar sepanjang 1.1 KM yang menjanjikan cabaran hebat dan teknikal dari aspek kendalian serta strategi perlumbaan.

Jentera dibawah kapasiti 180cc dalam kedua-dua kategori bakal menyajikan persembahan mantap kepada peminat yang hadir.

Dua kategori baru dimasukkan iaitu Kategori Mix 150 2T Pro dan UMA Racing Cup 180cc bagi menggantikan beberapa kategori dilihat tidak lagi relevan buat kejohanan ini.

Dianggarkan seramai lebih 150 peserta bakal terlibat pada pusingan pertama kejohanan dengan kehadiran semula beberapa nama popular dalam kejohanan ini turut melahirkan pelumba profesional sehingga ke peringkat Malaysia Cubprix dan Asia Talent Cup.

Menariknya, kejohanan tahun ini membabitkan kolaborasi dua jenama prolifik dalam arena permotoran iaitu UMA Racing dan juga Racing Boy.

KING OF 2T 2Penglibatan kedua-dua jenama popular ini merupakan usahasama yang berpaksikan pada pembanggunan sukan permotoran tempatan dan juga sebagai sokongan kepada peserta dan pasukan yang terlibat dari aspek teknikal perlumbaan dan pengurusan pasukan mahupun jentera.

Pusingan pertama King of 2T 2016 bakal dimulakan pada 9 dan 10 April ini di litar Kuala Selangor.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.