Categories
NASIONAL

Rafizi: ‘Parti Melayu Terbesar’ patut teladani sikap sama rata KEADILAN

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 NOV: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menyindir Umno yang dilaporkan tidak menjemput Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri parti pada bulan depan.

Katanya, Kongres Nasional Tahunan ke-11 KEADILAN 2015 di sini berlangsung penuh ketelusan dan keterbukaan dengan semua pihak mendapat peluang sama dalam setiap acara dijalankan.

Malah, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, diberi peluang merasmikan kongres AMK dan Wanita KEADILAN yang berlangsung semalam.

KONGRES PKR 2015 - 1“Alhamdulillah kita berjaya untuk meneruskan tradisi menjalankan kongres dalam suasana penuh adik beradik dan muafakat, tidak seperti parti Melayu terbesar di negara ini.

“Paling kurang Timbalan Presiden parti boleh merasmikan kongres nasional AMK dan Wanita semalam,” katanya dalam ucapan aluan Kongres Nasional Tahunan Ke-11 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, negara kini menghadapi krisis kepimpinan paling buruk serta masalah semasa ditanggung rakyat selain Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipenjarakan lawan politik.

Najib-RMKatanya, bagi memastikan perkara meruncing itu tidak berterusan, KEADILAN dan Pakatan perlu menggunakan segala peluang yang ada supaya pentadbiran negara diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diubah.

“Kita garapkan kekuatan, pupuk perpaduan dan bela rakyat supaya kita boleh pastikan jangan biarkan sehari pun lagi Najib Razak menjadi Perdana Menteri di negara ini,” katanya.

-nR-