Categories
NASIONAL SELANGOR

Aset kerajaan negeri diselia dengan baik

Gergasi ThailandSUBANG JAYA 24 SEPT : Semua aset-aset negeri akan ditadbir urus dengan berkesan bagi menghasilkan keuntungan untuk Kerajaan Negeri. Keuntungan ini, tegas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, akan disalurkan untuk program-program pro-rakyat seperti Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Beliau berkata demikian kerana mendapati ada aset-aset Selangor yang tidak diurus dengan baik sebelum ini. Bahkan, ada aset yang tidak diketahui.

“Selangor mempunyai aset bernilai RM12 bilion yang tidak digunakan. Sekiranya pendapatan dari aset ini sekadar tiga peratus sahaja pun, Selangor akan mendapat hasil RM360 juta,” tegas Abdul Khalid.

Beliau menegaskan pihak pengurusan aset negeri supaya mengerakkan aset mereka agar hasilnya dapat dimanfaatkan. Ini kerana, rakyat pasti akan mempertanggungjawab Kerajaan Negeri sekiranya aset ini tidak mendatangkan hasil.

“Bila menyentuh soal belanjawan, ia bukan satu hala tetapi dua hala iaitu perbelanjaan dan juga hasil. Kalau tiada hasil bagaimana kita nak berbelanja,” kata Abdul Khalid.