Categories
AGENDA NASIONAL

Wanita cagar emas layak dapat biaya Ar-Rahnu BizNita – YaPEIM

SHAH ALAM, 4 DIS: Golongan wanita yang mencagar barangan kemas di Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) layak menerima pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita.

Pengurusnya berkata bagaimanapun manfaat tersebut disasarkan kepada mereka yang menjalankan perniagaan atau baharu menceburi bidang berkenaan.

“Wanita yang pernah menggadaikan barang kemas mereka berpeluang mendapatkan dana usahawan pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita pada tahun depan,” kata Muhammad Fazli Suhailin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Foodbank 2.0 YaPEIM di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam (Mais) di sini hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada yayasan tersebut bagi aktiviti pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita.

YaPEIM turut menyasarkan lebih 2,500 usahawan wanita bakal menerima manfaat berkenaan.