Categories
AGENDA JENAYAH

Op Alkohol: Empat individu ditahan

SHAH ALAM, 23 OGOS: Polis menahan empat lelaki warga tempatan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi kadar ditetapkan dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata empat lelaki berusia antara 29 hingga 42 tahun itu ditahan sepanjang operasi dijalankan selama dua hari bermula Jumaat lepas sehingga semalam sekitar jam 11 malam hingga 3 pagi.

“Hasil tinjauan polis mendapati masih ada pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkhohol.

“Sepanjang operasi itu seramai 682 orang pengguna jalan raya dan 655 kenderaan diperiksa,” kata Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dalam kenyataan.

Dalam operasi sama polis turut mengenakan tindakan saman 88 individu atas pelbagai kesalahan jalan raya dan 24 orang daripadanya memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen.

Categories
AGENSI SELANGOR

Op Alkohol: Polis tahan tiga pemandu mabuk

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi ‘Op Alkohol’ yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya, mulai malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pemandu berusia 39 hingga 44 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

“ Dalam operasi tersebut, sebanyak 561 kenderaan diperiksa dan sebanyak 51 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan termasuk 17 memandu tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata pemandu tanpa lesen akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Katanya, operasi tersebut akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang kemalangan berkaitan pemanduan mabuk.

-BERNAMA