Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Setiap DUN terima RM100,000 laksana program Mesra Rakyat

SHAH ALAM, 20 JAN: Sejumlah RM100,000 diperuntuk kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melaksanakan program Mesra Rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ahli parlimen negeri ini turut mendapat manfaat RM50,000 bagi tujuan sama.

“Berikutan keadaan pandemik yang terus melarat, kita bersetuju meluluskan Peruntukan Khas Selangor Mesra Rakyat kepada 56 DUN dan ahli parlimen dengan kadar segera,” katanya ketika membentangkan Pakej Kita Selangor hari ini.

Beliau berkata program meliputi perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan makanan dalam tin boleh dilaksanakan secara terus.

Pakej dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Categories
AGENDA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

RM6 juta teruskan program saringan percuma, manfaat 50,000 penduduk

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah RM6 juta bagi meneruskan program saringan bersasar percuma dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program yang dilaksanakan bermula tahun lalu bakal memanfaatkan 50,000 rakyat di seluruh negeri.

“Program memfokuskan golongan berisiko tinggi khususnya yang lebih berusia di pusat penjagaan warga emas dan pusat hemodialisis, golongan berpendapatan rendah dan mahasiswa anak Selangor,” katanya ketika membentangkan Pakej Kita Selangor hari ini.

Amirudin berkata setakat ini sebanyak 19,976 ujian calitan percuma dijalankan di seluruh negeri.

“Kerajaan Negeri melalui Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 (STFC) mengguna pakai konsep ‘uji dan asing’ bagi membantu Kementerian Kesihatan menangani wabak ini,” katanya lagi.

Categories
AGENDA NASIONAL

Taska percuma untuk anak petugas hadapan mulai 25 Januari

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan Negeri melaksanakan Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan untuk meringankan beban petugas yang berusaha menangani penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif itu melibatkan pembukaan dan pengoperasian taska serta pusat jagaan sementara di hospital awam juga premis sementara.

Beliau menjelaskan usaha yang menelan belanja RM1 juta akan memanfaatkan hampir 400 keluarga petugas hadapan di seluruh negeri.

“Ibu bapa yang bekerja sebagai kakitangan hospital atau pejabat kesihatan di Selangor, anggota polis dan tentera yang terlibat dengan usaha menangani Covid-19 boleh menghantar anak-anak di taska ini.

“Inisiatif ini diberikan secara percuma untuk tempoh dua bulan bermula 25 Januari,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Kita Selangor hari ini.

Pakej dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

 

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB umum Pakej Kita Selangor RM73.9 juta bantu rakyat hadapi PKP

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pelan dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga mahu menyegerakan inisiatif dan program khusus dalam Belanjawan Selangor 2021.

“Saya yakin kita mampu tangani kesan jangka pendek dan jangka panjang Covid-19 berpandukan Perlembagaan serta memartabatkan amalan demokrasi yang berwibawa,” katanya.

Berikut inisiatif berkenaan:

– Sebanyak 19,976 ujian Covid-19 percuma dibuat terhadap golongan sasar termasuk warga emas, golongan berpendapatan rendah B40 dan mahasiswa anak Selangor membabitkan kos RM6 juta

– Tambah baik fungsi aplikasi SELangkah yang membantu pengawasan kendiri individu bergejala melibatkan pusat panggilan 24 jam

– Peruntukan RM3 juta Bantuan Makanan kepada 9,822 petugas perubatan dan 3,500 anggota polis dan tentera

– Penggunaan Bas Smart Selangor secara percuma untuk menghantar pesakit Covid-19 berisiko rendah ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang

– Peruntukan Khas Mesra Rakyat RM100,000 untuk setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen melibatkan perolehan asas seperti beras dan minyak masak

– Pengecualian sewa bulan (Januari) dan penangguhan sewa dua bulan (Februari dan Mac) untuk 2,361 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penangguhan sewa tiga bulan (Januari-Mac) untuk 450 penyewa Skim Smart Sewa melibatkan kos RM2.7 juta

– Lupus pinjaman 762 peminjam Yayasan Selangor bernilai RM7.177 juta

– RM1.3 juta bagi biayai bantuan makanan untuk pemandu teksi, pemandu bas sekolah, penyewa PPR, pemandu lori sisa pepejal kendalian KDEBWM dan Orang Asal

– Peruntukan RM2 juta untuk 10,160 warga tani termasuk baucar petrol RM300 kepada nelayan, makanan ternakan untuk pengusaha ternakan dan makanan mentah untuk warga tani

– Peruntukan RM 1 juta biaya Inisiatif Peduli Anak Barisan Hadapan dengan pembukaan taska dan pusat jagaan sementara percuma di hospital awam serta premis sementara

– Lancar Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerusi portal ePTRS.my untuk pelbagai program pembelajaran antaranya program kemahiran belajar ‘smart learning’ dan Program Pecutan Akhir SPM

BERITA LANJUT MENYUSUL