Categories
NASIONAL

Keganasan pembunuhan di Pakistan perlu dikutuk

SHAH ALAM 28 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutuk tindakan pengeboman di sebuah taman permainan kanak-kanak di kota Lahore, Pakistan yang mengorbankan 60 nyawa dan lebih 300 cedera.

Wan Azizah berkata Islam secara jelas melarang pembunuhan insan tidak berdosa khususnya wanita dan kanak-kanak.

12928392_1695332427408700_7587300485312651825_nKatanya, tindakan keganasan itu juga bertentangan dengan ajaran Junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW.

“Saya berharap mereka yang terlibat dalam perancangan serangan itu di bawa ke muka pengadilan.

“Dunia Islam perlu menolak fahaman tindakan militan ekstrem,” kata Wan Azizah dalam kenyataan media.

EZY