Categories
SELANGOR

MB: Konsep ‘Pejabat Bertemu Rakyat’ Suatu Amanah

SABAK BERNAM, 13 APRIL: Rakyat Negeri Selangor tidak perlu bersusah payah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi disebabkan pentadbiran kerajaan negeri menggunakan pendekatan ‘Pejabat bertemu Rakyat’ dalam pentadbiran yang diamalkan sejak empat tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata program dailog rakyat yang diadakan di setiap Dun merupakan pendekatan baru kerajaan Pakatan Rakyat.

“Kita bawa pejabat berjumpa rakyat, konsep ini agak janggal kerana lebih 50 tahun rakyat terpaksa pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri untuk bertemu pemimpin atasan bagi menyelesai masalah.

“Tiba masanya kita mengubah cara tersebut sebab rakyat telah memberi amanah dan mandat kepada kita untuk berkhidmat kepada mereka. Hakikatnya pemimpin adalah pekerja bagi rakyat sebab itu kita turun bertemu rakyat.” jelas Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, Tindakan majoriti rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat merupakan suatu keberanian dan kesungguhan untuk memastikan segala khazanah negara diurustadbir secara berhemah.

“Sebab itulah seluruh pasukan termasuk saya dan semua para exco telah diwajibkan untuk bertemu dengan rakyat bagi mendengar dan menyelesai masalah rakyat.

“Kita bantu semua tak kira bangsa, agama atau parti politik yang dia memihak. Semua, tak kira, air percuma kita tak kira dia sokong kerajaan atau tidak, begitu juga pada warga emas, anak selangor yang baru lahir atau nak masuk universiti semua kita bagi tak kira.” Jelas Abdul Khalid ketika merasmikan Program Khas Mesra Rakyat Fasa tiga di sini.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata, anggota pentadbiran kerajaan negeri ketika ini sedang di uji untuk memastikan segala kemajuan dan hasil negeri dapat diagih kepada rakyat secara berhemah.

Dalam pada itu Abdul Khalid berkata hasil dari mandat rakyat tersebut kerajaan negeri telah berjaya menjadikan Selangor sebagai penyumbang utama ekonomi negara.

“Hasil kecekapan dan keperihatinan kita Selangor menjadi  penyumbang utama kepada ekonomi negara dengan hampir 23 peratus,” Ujar beliau.

Di Majlis tersebut di sertai hampir kesemua para exco kerajaan negeri.