Categories
SELANGOR

Misi Selangor bantu mangsa banjir Sarawak selesai

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 MAC: Seramai 615 keluarga mangsa banjir di Sarawak menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS).

Pengerusi PANTAS, Hamsah Djabir, pasukannya sudah mengunjungi beberapa daerah antaranya Serian, Serembu, Mambong, Batu Lintang dan Batu Kitang dalam misi selama lapan hari itu.

12768208_547842742058518_1077562633073334431_o“Kita menerima respon amat baik daripada mangsa banjir kerana PANTAS adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama daripada luar Sarawak menghulurkan bantuan.

“Saya harap sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk walaupun ia tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kerosakan serta kerugian yang ditanggung mereka,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Hamsah berkata, Kerajaan Sarawak digesa mempercepatkan pelan tindakan banjir supaya isu sama tidak berulang lagi.

“Menteri dan wakil rakyat Sarawak perlu turun padang menjaga kebajikan rakyat, bukannya hanya datang apabila tiba masa pilihan raya.

“Bajet khas untuk tebatan banjir juga perlu dibentang dan diluluskan di Dewan Negeri Sarawak,” katanya.

-AA-