Categories
SELANGOR

3 premis kotor diarah tutup

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 MEI: Tiga premis diarahkan tutup akibat terlalu kotor mengikut peruntukan UUK 62, Undang-undang Kecil Perlesenan Establishmen Makanan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dalam serbuan OPS Bersih, pada 12 Mei lalu.

Timbalan Yang Dipertua MPSepang, Hafiz Shaari berkata, hasil pemeriksaan mendapati ruang penyelenggaraan dan stor simpanan bahan mentah tidak dijaga, bahkan tandas juga terlalu kotor.

“Premis makanan yang gagal mencapai merit lebih 30 markah atau di peringkat kritikal akan disita selama 14 hari dan kerja pembersihan dijalankan serta-merta.

2“Ia bertujuan meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan memastikan peniaga mematuhi peraturan aspek kebersihan,” katanya dalam kenyataan media.

Hafiz berkata, beberapa premis yang dilesenkan di bawah peniaga tempatan turut dikenalpasti membenarkan warga asing menjalankan aktiviti perniagaan.

“Kita akan terus memantau dan berharap orang ramai membantu menyalurkan maklumat jika terdapat warga asing berniaga secara haram,” katanya.

-NFN-