Categories
SELANGOR

Pertubuhan Sinar Ehsan (PSE) tepati aspirasi Kerajaan Negeri

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 15 OGOS: Pertubuhan Sinar Ehsan (PSE) dilihat tepat dan menepati aspirasi Kerajaan Selangor yang mementingkan pembangunan mampan serta kepedulian rakyat yang tinggi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu khusus bagi membantu kerja kebajikan seperti bencana alam.

Katanya, usaha itu ternyata melancarkan usaha Kerajaan Selangor dalam membantu rakyat menghadapi musibah dan keadaan tidak terduga.

IMG_20150813_224212“PSE adalah NGO hasil daripada pasca banjir Kelantan kerana kita melihat ada keperluan penubuhannya bagi Selangor.

“Kita harap kerjasama yang erat terjalin ini berterusan dalam memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya dalam majlis Jamuan Hari Raya PSE di Sungai Kapar Indah, di sini, pada 13 Ogos lalu.

Hadir sama adalah Penaung PSE, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR serta Ahli Parlimen Ampang.

Pada masa sama, Daroyah yang juga Adun Sementa, berkata beliau menyediakan peruntukan khas bagi kampung dan kawasan perumahan yang menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri.

“Setakat hari ini (13 Ogos), 17 rumah terbuka yang diadakan tidak termasuk baki dua hari lagi Syawal.

“Saya percaya penganjuran ini mampu mengeratkan hubungan masyarakat, di samping kita berkongsi rezeki yang ada,” katanya.

-NFN-