Rafizi : Najib patut dedah bayaran pinjaman dan jumlah faedah 1MDB

Rafizi Ramli (PKR-Pandan) dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat beliau meminta penjelasan mengenai perincian setiap bayaran faedah dan pokok bagi hutang atau bon 1MDB dalam tempoh bermula Januari 2015 hingga selesai hutang itu.